Membudayakan Masyarakat Bermaklumat

Monday, November 12, 2007

PENTARAMA





PROJEK PENTARAMA
JABATAN PENERANGAN
JABATAN PERDANA MENTERI

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM



PENDAHULUAN

Projek kerja PENTARAMA adalah merupakan salah satu pendekatan komunikasi yang diharapkan dapat memberikan kesan yang positif kearah satu pembentukan kesedaran bermasyarakat. Pentarama adalah sengkatan dari nama Pentas Drama Bergerak yang merupakan salah satu saluran penyampaian maklumat kepada orang ramai, melalui gerak laku, drama theatre dengan memberikan penekanan terhadap hal ehwal semasa dalam negeri yang menjadi isu popular di kalangan masyarakat.

Peranan komunikasi dalam pembangunan bukan setakat memberikan hiburan tetapi juga menerapkan nilai-nilai kesedaran sivik melalui penggunaan media hiburan dengan menyalurkan perutusan yang berkisar dalam hal ehwal semasa negara, seperti penyalahgunaan dadah, sifat-sifat si Pemugut, kurang berdisiplin dan lain-lain lagi melalui gerak laku yang berunsurkan pesermbahan pentas dan theatre dianggap sebagai satu media yang boleh menimbulkan semangat kesedaran dikalangan orang ramai khususnya dalam menerapkan nilai-nilai mulia sosio-budaya yang tinggi lagi bermakna.

MATLAMAT

Pentarama adalah salah satu media interpersonal Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri bagi menyampaikan maklumat / mesej Kerajaan disamping mendidik dan menyedarkan minda masyarakat yang berorientasikan kepada maklumat pendidikan dan hiburan dalam usaha membangun nilai-nilai positif masyarakat agar tambah komited serta peka dalam kehidupan berbangsa, beragama dan bernegara.

FORMAT PERSEMBAHAN

Pentarama mengandungi persembahan drama, lawak jenaka, tarian, nyanyian, kuiz penonton, prolog dan persembahan pentarama akan diiringi dari awal hingga akhir oleh sebuah kumpulan kugiran.

No comments: